Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan sebanyak 164 PAWE yang aktif di seluruh negara setakat ini. Foto Hajah Nancy Haji Shukri (FB)

164 PAWE aktif di seluruh negara – Nancy

ByBernama

BETONG, 3 Mei: Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 13 PAWE berada di Sarawak.

“Dengan adanya PAWE, masyarakat akan lebih prihatin terhadap fenomena penuaan dan warga emas, ini akan secara tidak langsung meningkatkan penglibatan dalam kalangan masyarakat pelbagai umur sebagai pengisian masa yang bermanfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis perasmian dan ramah tamah Aidilfitri PAWE Debak di sini, hari ini.

Pada 20 April lalu, Nancy berkata komuniti setempat di Sarawak digalakkan untuk membuat permohonan bagi penubuhan PAWE di kawasan mereka.

Menurutnya Sarawak dengan hanya 13 PAWE, ternyata tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar dan mahu agar permohonan pusat tersebut dibuat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana setiap Parlimen dibenarkan untuk membuka lebih daripada satu PAWE.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan