Search
Close this search box.
Timbalan Menteri MTCP, Datuk Snowdan Lawan menunjukkan brosur program Industri Kreatif semasa mesyuarat Jawatankuasa Industri Kreatif Sarawak di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Jawatankuasa khas IKS lestarikan sektor pelancongan negeri – Snowdan

KUCHING, 3 Mei: Sarawak menerusi jawatankuasa khas Industri Kreatif Sarawak (IKS)  komited melestarikan serta memperkukuh segmen pelancongan negeri, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak Datuk Snowdan Lawan.

Menurut Snowdan, jawatankuasa itu akan bertanggungjawab menyediakan platform dalam merencana serta melaksanakan program yang akan memangkin industri seni kreatif negeri.

“Kebanyakan anak-anak Sarawak ini mereka mempunyai bakat kreativiti mereka tetapi satu, mereka tidak mempunyai platform di mana mereka untuk mempamerkan bakat mereka,” katanya.

Tambahnya lagi, selain menyediakan ruang untuk berkarya, jawatankuasa ini akan turut menyalurkan bantuan dana kepada pemain-pemain industri kreatif negeri.

“Ada dana khas yang dapat mereka pakai iaitu contohnya dana mudah cara ataupun facilitation fund yang telah diperuntukkan oleh Yang Amat Berhormat Premier kita setiap tahun lebih kurang RM10 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Jawatankuasa Industri Kreatif Sarawak di Kuching pada Jumaat.

Snowdan juga memberitahu, dana yang disediakan adalah bagi melaksanakan program atau bengkel seni dalam penghasilan produk serta perkhidmatan berasaskan industri kreatif.

Sehingga April 2024, kerajaan Sarawak telah menyalurkan dana berjumlah RM2.4 juta bagi menjayakan 40 program dalam segmen industri kreatif di bawah dana mudah cara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan