Search
Close this search box.
Majlis Pelancaran dan Pembukaan Domino's Pizza Cawangan Metro City, di Kuching, hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Domino’s Pizza lebar sayap ke Sarawak, buka tiga cawangan serentak di Kuching

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 3 Mei: Syarikat piza terkemuka di Malaysia, Domino’s Pizza kini melebarkan sayapnya ke Sarawak dengan pembukaan tiga cawangan baharunya serentak di sini, pada Isnin lepas.

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Domino’s Pizza Malaysia, Singapura dan Kemboja, Linda Hassan berkata, majlis pelancaran hari ini menyaksikan jenama tersebut buat pertama kali telah membuka tiga cawangannya di kawasan yang berbeza pada hari yang sama.

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Domino’s Pizza Malaysia, Singapura dan Kemboja, Linda Hassan dan Ketua Operasi Domino’s Pizza (Malaysia, Singapura dan Kemboja), Dominic Yager menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Pembukaan Domino’s Pizza Cawangan Metro City, di Kuching, hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

“Kami membuka ketiga-tiga cawangan dalam masa sehari, iaitu di Metro City (cawangan ke-270), Tabuan (cawangan ke-271), dan Jalan Green (cawangan ke-272) dan peristiwa ini sebenarnya amat bersejarah kepada kami, Domino’s Pizza kerana ia tidak pernah lagi berlaku sebelum ini.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan yang telah bekerja keras untuk merealisasikan majlis pada hari ini terutamanya melibatkan unit operasi, latihan dan pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Pembukaan Domino’s Pizza Cawangan Metro City, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Ketua Operasi Domino’s Pizza (Malaysia, Singapura dan Kemboja), Dominic Yager.

Majlis Pelancaran dan Pembukaan Domino’s Pizza Cawangan Metro City, di Kuching, hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Mengulas lanjut, melihat kepada pencapaian Domino’s Pizza setakat ini, Linda yakin pihaknya mampu menyumbang kepada pertumbuhan lebih ketara terhadap ekonomi tempatan dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak.

“Sebagai permulaan, pihak Domino’s telah merekrut lebih daripada 100 orang anak tempatan dari Sarawak ke dalam pasukan kami.

“Selain itu, kami juga akan membuka lebih banyak cawangan Domino’s Pizza (di Sarawak), itu merupakan janji daripada unit pembangunan pasukan kami,” katanya.

‌Sempena pembukaan cawangannya di Sarawak, Domino’s Pizza menawarkan promosi istimewa yang eksklusif hanya untuk pelanggan Sarawak yang mana mereka boleh menikmati dua piza bersaiz sederhana dengan harga RM30 atau pembelian Boxku dengan hanya RM9.90 sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai Domino’s Pizza Malaysia serta promosi yang sedang berlangsung, sila layari laman web http://www.dominos.com.my/. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan