Search
Close this search box.
Bayi Palestin Sabreen al-Ruh al-Sheikh yang dilahirkan pramatang melalui pembedahan caesarian beberapa minit sebelum kematian ibunya. Foto AFP

Bayi dilahirkan dari ibu yang syahid meninggal dunia

ByAFP

RAFAH, 27 April: Seorang bayi yang diselamatkan dari rahim ibunya yang hampir mati selepas serangan udara Israel di selatan Gaza disahkan meninggal dunia.

Bayi yang diberi nama Sabreen Al-Sakani itu merupakan salah seorang dari 16 kanak-kanak yang terbunuh dalam dua serangan udara terbaharu Israel di Rafah.

Sabreen Al-Sakani yang meninggal dunia pada Jumaat telah dikebumikan di sebelah pusara ibunya yang dinamakan sempena namanya.

Serangan terbaharu Israel di Rafah itu menyasarkan kompleks perumahan yang didiami keluarga mangsa.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata, mereka menyasarkan pejuang dan infrastruktur Hamas.

Ibu Sabreen sedang hamil tujuh setengah bulan apabila serangan udara Israel mendarat ke atas rumah keluarga Al-Sakani pada Sabtu minggu lalu ketika ketika dia, suaminya Shukri dan anak perempuan mereka yang berusia tiga tahun sedang tidur.

Dia mengalami kecederaan parah dan suaminya serta anak perempuannya terbunuh, tetapi bayi itu masih hidup dalam kandungan ibunya ketika anggota penyelamat tiba di lokasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan