Search
Close this search box.
Gagasan Bola Sepak Borneo akan dianggotai oleh FA Sarawak, FA Sabah, FA Brunei dan wakil-wakil Kalimantan Barat jika usul pembentukan gagasan itu diluluskan. Foto FA of Sarawak (FB)

Persatuan bola sepak Kepulauan Borneo mahu bentuk Gagasan Bola Sepak Borneo

ByMuqri Aziz

KUCHING, 27 April: Persatuan-persatuan bola sepak di Kepulauan Borneo menyatakan hasrat untuk menubuhkan sebuah gagasan bola sepak di rantau ini iaitu Gagasan Bola Sepak Borneo (GBSB).

Menerusi hantaran FA of Sarawak di Facebook berkata, hasrat itu disuarakan menerusi mesyuarat pertama cadangan pembentukan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diadakan di Kuching hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FA Sarawak), Persatuan Bola Sepak Sabah (FA Sabah), Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei (FA Brunei) dan wakil-wakil persatuan bola sepak dari Kalimantan Barat (KALBAR).

Dalam mesyuarat tersebut, dua usul itu akan diputuskan oleh setiap persatuan bola sepak yang melibatkan pendaftaran serta keahlian penuh dalam gagasan berkenaan.

“FA Sarawak akan diberi mandat untuk menjadi sekretariat sementara Gagasan Bola Sepak Borneo bagi tujuan pendaftaran dan penyediaan dokumen-dokumen perundangan sekiranya usul pertama iaitu menerima, menyokong dan menjadi ahli penuh dalam pembentukan gagasan tersebut diluluskan,” jelas hantaran itu lagi.

Langkah yang diambil persatuan-persatuan bola sepak itu dilihat mahu menghidupkan semula Piala Borneo yang diadakan sejak 1962 dan ketika itu disertai oleh tiga negara iaitu Sarawak, Borneo Utara (Sabah) dan Brunei Darussalam.

Temasya sukan bola sepak berprestij itu terkubur pada tahun 1989 apabila FA Sarawak dan FA Sabah gagal memuktamadkan perjanjian dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menyertai Liga Semi Pro dengan Brunei menjadi juara edisi terakhir pada tahun 1988.

Jika gagasan itu berjaya ditubuhkan, gagasan itu akan menjadi gagasan keenam di Asia selepas Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Persekutuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA), Persekutuan Bola Sepak Asia Timur (EAFF), Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF) dan Persekutuan Bola Sepak Asia Barat (WAFF).

Buat masa ini, kelima-lima gagasan bola sepak sedia ada itu dinaungi dibawah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan