Search
Close this search box.
Israel telah melancarkan serangan tentera di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, membunuh lebih 33,300 rakyat Palestin dan mencederakan hampir 76,000 selain kemusnahan kediaman dan infrastruktur pada skala besar dan kekurangan barangan keperluan. Foto AFP

Tebusan dibebaskan jika Israel keluar dari Gaza – Hamas

ByAFP

GAZA, 27 April: Kumpulan pejuang Hamas mengesahkan telah menerima maklum balas rasmi Israel mengenai cadangan gencatan senjata terbaharu.

Timbalan Ketua Cabang Politik Hamas, Khalil Al-Hayya di Gaza berkata, pertubuhan itu akan mengkaji maklum balas tersebut sebelum mengemukakan jawapan.

Menurutnya, Hamas telah menerima maklum balas rasmi pendudukan Zionis terhadap cadangan yang dikemukakan kepada pengantara Mesir dan Qatar pada 13 April.

Selepas lebih enam bulan berperang dengan Israel di Gaza, rundingan masih menemui jalan buntu, dengan Hamas berpegang pada tuntutannya bahawa sebarang perjanjian mesti menamatkan perang.

Delegasi Mesir dilapor melawat Israel pada Jumaat untuk berbincang dengan Israel bagi mencari jalan untuk memulakan semula rundingan dan menamatkan konflik serta mengembalikan baki tebusan.

Mesir dan Qatar dalam satu kenyataan bersama berkata, Israel dilaporkan tidak mempunyai cadangan baharu untuk dibuat, walaupun ia bersedia mempertimbangkan gencatan senjata terhad di mana 33 tebusan akan dibebaskan oleh Hamas dan bukannya 40 tebusan yang dibincangkan sebelum ini.

Pada Khamis, Amerika Syarikat dan 17 negara lain merayu kepada Hamas untuk membebaskan semua tebusannya sebagai laluan untuk menamatkan krisis.

Hamas telah berikrar untuk tidak menyerah kepada tekanan antarabangsa dan berpegang pada tuntutan utamanya yang telah ditolak oleh Israel iaitu gencatan senjata kekal dan pengunduran tentera Israel dari Gaza. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan