Search
Close this search box.
Tujuh kotak bir yang dirampas polis daripada seorang lelaki yang dikesan mempromosikan jualan minuman keras menerusi aplikasi Facebook pada Jumaat. Foto IPD Kapit

Lelaki ditahan selepas promosi jualan minuman keras menerusi media sosial

KAPIT, 27 April: Tindakan seorang lelaki mempromosi jualan minuman keras menerusi media sosial membawa padah apabila dia ditahan polis hari ini.

Perbuatan suspek berusia 38 tahun itu terbongkar, apabila pihak polis mengesan satu hantaran yang bertujuan untuk mempromosikan minuman keras dengan harga RM60 sekotak di aplikasi Facebook sekitar jam 8 malam Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan (DSP) Rohana Nanu berkata, pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kapit menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di hadapan Surau Kampung Jalan Abang Sulaihi dekat sini dan merampas tujuh kotak bir pada jam 12.30 tengah hari ini.

“Hasil pemeriksaan, pasukan serbuan telah menjumpai tujuh kotak minuman keras jenis bir jenama Camel yang disyaki tanpa cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) disimpan di dalam stor bawah rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Rohana berkata, suspek kemudian ditahan bersama barang rampasan dan dibawa ke Balai Polis Kapit untuk tindakan lanjut.

Katanya, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan