Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menunjukkan gambar suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di KLIA Terminal 1. Foto fail Bernama

Suspek kes tembakan di KLIA ditahan di Kelantan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 April: Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi semalam, ditahan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan di satu lokasi di daerah itu kira-kira pukul 3 petang tadi.

Tembakan di KLIA: Polis ambil 11 keterangan saksi – KP Selangor

Katanya satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat berhubung penahanan suspek.

“Ya, saya sahkan tangkapan itu,” katanya.

Tembakan di KLIA: Polis Pulau Pinang pertingkat kawalan

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya. Pengawal peribadi berkenaan sedang dirawat di sebuah hospital, dalam keadaan stabil.

Polis sebelum ini berusaha mengesan Hafizul Harawi, 38, bagi membantu siasatan kes berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan