Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato

Wanita rugi hampir RM200,000 terpedaya pinjaman wang tidak wujud

ByBernama

SEREMBAN, 8 Jan: Seorang pekerja swasta di sini kerugian RM194,560 selepas diperdaya sindiket pinjaman wang tidak wujud secara dalam talian, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Arifai Tarawe berkata, wanita berusia 32 tahun itu mendakwa menemukan iklan pinjaman wang di Facebook sebelum berurusan melalui aplikasi WhatsApp dengan individu yang menawarkan pinjaman wang sebanyak RM250,000.

“Mangsa membuat pembayaran deposit serta wang proses untuk mendapatkan kelulusan pinjaman dan antara 21 Disember hingga 2 Januari lepas wanita itu membuat pembayaran ke pelbagai akaun bank yang diberikan sindiket keseluruhan berjumlah RM194,560.

“Bagaimanapun, mangsa gagal mendapatkan wang pinjaman tersebut. Dia yang curiga kemudian membuat laporan polis pada 5 Jan lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Justeru, Arifai menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada pihak yang menawarkan pinjaman wang secara dalam talian dan segera membuat semakan dengan polis bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan