Search
Close this search box.
Tujuh kereta mewah yang di parkir dalam garaj kedai Glory Part Auto, Jalan Pahlawan, Bintawa, Kuching, terbakar awal pagi tadi. Foto: BBP Tabuan Jaya

7 kereta mewah terbakar

BySafri Ali

KUCHING, 9 Jan: Tujuh kereta mewah yang di parkir dalam garaj kedai Glory Part Auto, Jalan Pahlawan, Bintawa, di sini, terbakar awal pagi tadi.

Empat buah kereta iaitu Volkswagen Peter, CRS Mercedes, BMW 7 Series dan Audi Q7 terbakar keseluruhan, tiga buah lagi iaitu Mercedes E200, Mercedes B180 dan BMW 7 Series terbakar 50 peratus manakala sebuah kereta iaitu Volkwagen berjaya diselamatkan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.50 pagi dengan menggerakkan Bălai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan lapan buah kereta mewah yang di parkir di dalam garaj kedai. Empat kenderaan terbakar 100 peratus, tiga kenderaan terbakar 50 peratus manakala sebuah kenderaan berjaya diselamatkan.

“Kebakaran tidak melibatkan kemusnahan struktur bangunan.Kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.28 pagi. Anggota pemadam turut masuk ke premis bersebelahan untuk memastikan tiada kemerebakan berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dengan berpandukan konsep RECEO, setelah membuat size up pasukan bomba bertindak melawan kebakaran menggunakan teknik pemadaman dua aliran salur bantu mula air dari tangki pam jentera bomba cuba memadam kebakaran.

“Setelah kehadiran bantuan jentera water tanker dan anggota keluaran kedua aliran air secara relay pumping dari water tanker ke jentera bomba akhirnya berjaya memadam kebakaran sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.49 pagi, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan