Search
Close this search box.
Kebakaran memusnahkan dua kediaman di Jalan Patinggi Ali, Kuching awal pagi tadi. Foto Bomba

Dua keluarga hilang tempat tinggal, kediaman terbakar awal pagi tadi

KUCHING, 5 Mei: Dua keluarga di Jalan Patinggi Ali di sini, hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka terbakar awal pagi tadi.

Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan, TPgB II Tan Min Chai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 3.04 pagi dengan menggerakkan BBP Padungan dengan bantuan BBP Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah, rumah pertama struktur separuh kekal dua tingkat terbakar 90 peratus manakala rumah kedua struktur tidak kekal dua tingkat terbakar 50 peratus di bahagian atas.

“Sebuah motosikal Modenas Kriss turut terbakar keseluruhan. Bagaimanapun, kesemua penghuni rumah berjaya menyelamat diri dan tiada melibatkan sebarang kecederaan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki pam jentera dan sumber air dari pili bomba berhampiran untuk mengawal kemerebakan api, operasi pemadaman tamat sepenuhnya jam 5.05 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

Difahamkan rumah pertama didiami lima lelaki dewasa dan empat perempuan dewasa manakala rumah kedua didiami empat lelaki dewasa dan lima perempuan dewasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan