Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Dtauk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Sesi Townhall 7 tahun bersama Premier Sarawak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Hikmah Exchange pada Sabtu. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Harmoni adalah ramuan Sarawak stabil – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 13 Jan: Kestabilan ekonomi Sarawak bersandarkan daripada keharmonian yang wujud dalam kalangan masyarakat negeri ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu menyifatkan rakyat Sarawak mempunyai semangat kekeluargan yang akrab antara masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.

@tvsarawak

Sarawak pentingkan perpaduan dan keharmonian 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! TVS122 TVSNews TVSarawak TrendingNewsMalaysia BeritadiTikTok Sarawak

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

“Kita hidup dalam suasana kekeluargaan, bak kata pepatah Melayu, cubit paha kiri, paha kanan terasa.

“Kalau anda menyentuh kaum cina, saya pun terasa,” kata beliau pada Sesi Townhall 7 Tahun bersama Premier Sarawak di sini, malam ini.

Dalam pada itu kata Abang Johari lagi, antara ramuan untuk memperkukuhkan keharmonian ini adalah berasaskan Piagam Madinah seperti mana yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW.

“Saya berpegang kepada piagam madinah sebagai seorang muslim, saya melihat contoh Nabi Muhammad yang memberi keadilan kepada semua,” ujar beliau.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan