Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata antara penyumbang terbesar kepada pendapatan tinggi menerusi Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Foto: Faitullah Morni (TVS)

SST antara penyumbang Sarawak raih pendapatan tinggi, RM13.3 bilion tahun lepas – Abang Johari

ByAdlina Rahman

KUCHING, 13 Jan: Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) antara faktor ekonomi Sarawak meraih pendapatan tinggi iaitu berjumlah RM13.3 bilion pada tahun lepas.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengakui sistem cukai berkenaan antara penyumbang terbesar pendapatan yang menjangkau hampir satu bilion berbanding anggaran awal pendapatan negeri sebanyak RM12.7 bilion untuk tahun 2023 lalu.

“Alhamdulillah dengan Sales and Service Tax (SST) dahulu bukan sahaja dikenakan kepada Petronas yg lain pun kita laksanakan, walaupun kuantum nya mengikut budi bicara dan ini memberi pulangan kepada negeri Sarawak,” katanya pada Sesi Townhall 7 Tahun Bersama Premier, di sini, malam ini.

Selain itu, beliau meyakini pembangunan kepada sistem pendidikan menjadi aspek yang bakal merangsang pendidikan negeri sekali gus merapatkan jurang antara masyarakat yang kaya dan miskin.

Justeru itu, selaras dengan matlamat berkenaan, beliau nekad untuk memberi pendidikan percuma kepada rakyat Sarawak menjelang 2026.

“Saya mahu mereka pelajari jurusan ekonomi baharu dan ini akan mengurangkan kadar graduan yang menganggur,” jelas beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan