Search
Close this search box.
Datuk Willie Mongin bercakap pada Program Memasyarakatkan Koperasi Madani di Pusat Konvensyen Borneo Kuching hari ini. Foto TVS

Koperasi di Sarawak disaran terokai sektor tenaga boleh diperbaharui

ByMadeline Dugat

KUCHING, 31 Jan: Institut Koperasi Malaysia (IKMa) disaran agar berani menerokai aktiviti perniagaan terkini dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin menekankan aspek teknologi perlu diperkasa dalam aktiviti perniagaan baharu terutamanya barisan kepimpinan koperasi.

“Saya juga melihat ramai antara kepimpinan koperasi yang mempunyai tahap tabdir urus yang kurang memuaskan dan juga mereka yang mempunyai barisan kepimpinan yang agak kurang pendedahan.

“Oleh itu adalah menjadi peranan dan tanggungjawab IKMa untuk memberi hala tuju dan juga membimbing ahli-ahli koperasi ini terutamanya barisan kepimpinan supaya mereka dapat menerima tunjuk ajar dan juga bimbingan untuk mengangkat koperasi-koperasi yang mereka terajui supaya mereka boleh melangkah lebih jauh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Memasyarakatkan Koperasi Madani (MASKOP MADANI) 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, pada Rabu.

Justeru itu, Willie memetik contoh bimbingan menerusi sektor tenaga yang boleh diperharui oleh koperasi harus dimanfaatkan.

“Sebenarnya kita di negara ini amat bertuah kerana kita mepunyai banyak sumber dan banyak perniagaan yang boleh kita laksanakan sebagi contoh bukan sahaja daripada aspek perniagaan dan perniagaan pemasaran produk pertanian tetapi juga banyak sektor-sektor yang belum diterokai,” katanya.

Willie yang juga Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak turut menggesa semua ahli koperasi terus meningkatkan taraf pengetahuan supaya terdedah dengan teknologi baru, cara kepimpinan yang lebih strategik dan perniagaan yang baharu.

“Maka dengan itu, baru kita boleh bersaing bukan sahaja bersaing dengan pesaing dalam industri yang sama malah dalam negeri dan negara supaya menjadi lebih kompetitif,” katanya.

Selain itu, ujarnya, program Memasyaratkan Koperasi Madani pada tahun ini merupakan inisiatif IKMa bertujuan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap peranan koperasi dalam membangunkan ekonomi komuniti dan juga negara.

“Program ini dapat mempromosikan kelebihan dan keistimewaan koperasi kepada masyarakat sereta menghebahkan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) kepada gerakan koperasi dan juga masyarakat,” katanya.

Beliau menambah pendekatan yang diambil pada tahun ini adalah melalui perjumpaan dengan kumpulan sasar untuk program yang dirancang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan