Search
Close this search box.
Perkara melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) harus dijadikan sebahagian sukatan pelajaran kebangsaan, kata Datuk Willie Mongin. Foto, TVS.

Parlimen: MA63, sejarah penubuhan Malaysia perlu dimasukkan dalam buku teks Sejarah

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Sejarah penubuhan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dimasukkan dalam buku teks Sejarah, cadang Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin.

Willie berkata, beliau menjunjung kasih terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menyentuh mengenai MA63 ketika bertitah merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 pada minggu lepas.

Kata Willie, langkah berkenaan perlu dilakukan supaya anak – anak Malaysia memahami hak Sabah dan Sarawak.

“Saya juga menyarankan supaya Kementerian Perpaduan Negara menyediakan satu sudut khas di setiap muzium di seluruh negara untuk memperagakan sejarah kewujudan Malaysia dengan penerangan fakta lengkap mengenai MA63 mulai tahun ini.

“(Ini bagi memastikan) seluruh rakyat Malaysia arif mengenai perkara ini. Selain itu, sejarah perjuangan Dayak Trackers, Perjuangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berasal dari Sabah dan Sarawak dan serta Sarawak Rangers harus diserap ke dalam buku teks Sejarah supaya seluruh rakyat Malaysia tahu kami dari Sabah dan Sarawak juga berjuang mempertahankan kedaulatan Malaysia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada Sidang Parlimen di sini hari ini.

Willie juga berharap agar jangan ada pihak tertentu yang cuba melenyapkan sejarah berjuangan warga Sabah dan Sarawak.

“Jangan (juga) ada segelintir pihak yang sengaja lambatkan perlaksanaan MA63. Sila laksanakan dengan segera dalam semangat bersama Malaysia Madani,” katanya.

Sementara itu Willie berkata, beliau sangat bersetuju dengan titah Sultan Ibrahim bahawa sudah tiba masanya perpaduan rakyat Malaysia harus dieratkan.

“Saya juga ingin menyarankan supaya Kementerian Perpaduan dan Kementerian Pendidikan (KPM) bekerjasama merangka satu subjek mata pejalaran baharu iaitu Perpaduan Negara Malaysia yang perlu menjadi subjek wajib dan diajar bermula ketika darjah satu sehingga ke tingkatan lima,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan