Search
Close this search box.
Dato Henry Harry Jinep menyempurnakan upacara pelepasan belon sebagai tanda merasmikan Pasar Basah Bau, hari ini. Foto TVS

Lokasi baharu Pasar Basah Bau ambil kira sensitiviti masyarakat Islam

BAU, 2 Feb: Pemilihan lokasi baharu bagi pembukaan Pasar Basah Bau di lokasi yang baharu iaitu di Jalan Kuching-Bau bersebelahan Medan Selera Ming Junction membuktikan keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap sensitiviti masyarakat Islam di sini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep berkata sebelum ini tapak pasar lama yang menjual daging khinzir terletak hanya kira-kira tiga meter dari kawasan perumahan masyarakat Melayu.

“Satu daripada isu adalah sensitiviti kita terhadap masyarakat Melayu dan juga (yang) beragama Islam. Kita lihat dari segi sensitiviti dan perasaan kawan-kawan kita (yang beragama Islam).

“Saya rasa lebih elok cari tempat yang lebih baik, lebih selesa untuk peniaga-peniaga makanan basah ini yang lebih strategik, sama dengan slogan kita, Greater Bau,” katanya pada Majlis Perasmian Pasar Basah Bau di sini, hari ini.

Selain itu katanya, bangunan di tapak pasar lama disifatkan usang kerana berusia 30 tahun serta sistem saliran kurang sempurna.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata pembinaan pasar baharu itu merangkumi dua fasa. Fasa pertama iaitu pecah tanah telah dilaksanakan terdahulu oleh Majlis Daerah Bau manakala fasa kedua adalah pembinaan pasar tersebut yang menelan belanja RM2 Juta.

Tambah beliau lagi, Kerajaan Sarawak juga telah meluluskan penambahan kos sebanyak RM200 ribu bagi mencantikkan pasar tersebut sekali gus menjadikan kos keseluruhan pembinaan pasar tersebut sebanyak RM2.2 Juta.

Pada majlis sama, beliau percaya lokasi pasar basah baharu itu lebih strategik dan memudahkan peniaga kedai makanan berhampiran untuk mendapatkan barang basah selain berharap peniaga akan mematuhi peraturan dan garis panduan kebersihan.

Dalam pada itu, Henry berkata tandas yang bersih antara faktor yang menjadi daya tarikan bagi pelanggan untuk mengunjungi premis kedai makan.

Selain tandas, seseorang pelanggan juga menitik beratkan faktor kebersihan sesebuah kedai makan.

Beliau memberi contoh sebuah tandas bersih di Pulau Pinang yang mendapat pengiktirafan lima bintang ketika mengunjungi negeri tersebut.

“Kalau jamban (tandas) tidak bersih, saya tidak percaya (tahap kebersihan) gerai-gerai (makanan) di kawasan itu,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan