Search
Close this search box.
KKM sahkan produk penyedut hidung (energy stick) merupakan bukan keluaran berdaftar.

Energy stick bukan keluaran berdaftar – KKM

ByConnie Grace

KUCHING, 8 Feb: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan produk penyedut hidung (energy stick) merupakan bukan keluaran berdaftar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, produk berkenaan perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) selaras dengan peruntukan undang – undang di bawah Akta Jualan Ddah 1952.

Kata beliau, KKM sebelum ini menerima aduan awam berkenaan penjualan produk itu secara dalam talian.

‘Energy stick’: Orang ramai diminta salur aduan ke SISPAA KPM

“(Oleh itu) pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan dijalankan ke atas penjual yang dikesan menjual produk tersebut,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) menggesa kerjasama ibu bapa dan sekolah bekerjasama bagi memastikan pelajar tidak terjebak terhadap pengambilan produk penyedut hidung atau ‘energy stick’.

Difahamkan produk itu dijual secara berleluasa dengan harga serendah RM2.50 malah dipromosikan untuk memberi tenaga.
Terdapat penjual menggunakan ‘tagline’, ‘sedut dahulu, baru pergi sekolah’ atau ‘sedut dulu baru mulakan kerja’.

Sementara itu, Muhammad Radzi memaklumkan, hasil saringan awal di platform e-dagang (e-marketplace) seperti Shopee dan Lazada, pihaknya turut mengesan terdapat pengiklanan dan penjualan produk tersebut oleh penjual tempatan dan luar negara.

“Kementerian Kesihatan, melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi akan mengambil tindakan penguatkuasaan sewajarnya iaitu memastikan iklan-iklan produk tersebut diturunkan,” katanya.

Beliau menambah, penjualan produk kesihatan yang tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Komestik 1984.

‘Energy Stick’ boleh mendatangkan kesan kesihatan, ketagihan – Pegawai Kesihatan

“Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Manakala, bagi syarikat yang melakukan kesalahan yang sama boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan