Search
Close this search box.
Dr. Johnny Pangkas berkata 'Energy Stick' yang menyerupai alat vape itu mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya. Foto Zaim Zharfan (TVS)

‘Energy Stick’ boleh mendatangkan kesan kesihatan, ketagihan – Pegawai Kesihatan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 7 Feb: Penggunaan peranti sedut ‘Energy Stick’ dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan pelajar sekolah dikhuatiri boleh mendatangkan kesan kesihatan kepada pengguna.

Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching, Dr. Johnny Pangkas berkata, ini kerana peranti sedut yang menyerupai alat vape itu mengandungi bahan-bahan kimia.

Ibu bapa harus waspada, peka bahaya ‘Energy Stick’ terhadap anak-anak

“Lebih -lebih lagi Energy Stick ini boleh terus masuk melalui saluran penafasan yang akan memberi kesan kepada paru-paru, beri kesan kepada saluran pernafasan.

“Berdasarkan apa yang kita dapati Energy Stick ini mengandungi bahan kimia yang memang akan mendatangkan kesan kesihatan sama seperti penggunaan vape,” kata Dr. Johnny ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Katanya lagi ada juga maklumat memaklumkan bahawa penggunaan Energy Stick ini boleh mendatangkan kesan psikologi.

“Contohnya boleh mendatangkan tabiat yang tidak sihat, sebab ia sering menggunakan mulut dan ia boleh mewujudkan satu tabiat untuk menggunakan vape dan mencubanya dengan bahan yang lain.

“Ada juga yang menyebut ia menggunakan kaedah snorting atau sama macam dadah,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu Dr. Johnny berharap agar orang ramai tidak mencuba peranti yang menjadi trend itu kerana kesan besarnya dan boleh merugikan pengguna. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan