Search
Close this search box.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak merekodkan sebanyak 121 kes di bawah Ops Tiris mulai bulan Mac sehingga 31 Disember tahun lalu melibatkan rampasan penyelewengan sebanyak 6,554,327 liter minyak diesel subsidi. Foto KPDN

KPDN Sarawak rekod 121 kes dalam Ops Tiris, rampas minyak diesel subsidi RM7 juta

BySafri Ali

KUCHING, 12 Feb: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak merekodkan sebanyak 121 kes di bawah Ops Tiris mulai bulan Mac sehingga 31 Disember tahun lalu melibatkan rampasan penyelewengan sebanyak 6,554,327 liter minyak diesel subsidi.

Pengarahnya, Matthew Dominic Barin berkata, anggaran keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM7 juta.

“Pegawai Penguatkuasa KPDN Sarawak telah menjalankan 991 pemeriksaan ke atas stesen minyak dan pemborong minyak diesel di seluruh Sarawak sejak 1 Mac 2023 di bawah Ops Tiris. Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan peniaga yang terlibat mematuhi Akta Bekalan 1961 serta peraturan di bawahnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya telah menerima satu kes serahan daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Kuching yang melibatkan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi diesel di sebuah kapal terletak di kawasan Laut Barrange, Sungai Sarawak jam 10.30 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan KPDN telah menyita eksibit merupakan sebuah kapal, minyak diesel anggaran 430,000 liter dengan anggaran nilai RM924,500. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah
RM5,000,000.

“Dua lelaki telah ditahan iaitu seorang lelaki warganegara tempatan dan seorang lelaki warganegara Myanmar telah diserahkan kepada pasukan operasi KPDN yang ditemui di tempat kejadian oleh pihak Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5, Kuching,”ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961, memiliki atau ada dalam kawalan barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak akan melakukan kesalahan.

“Siasatan lanjut akan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti atau rantaian pengedaran minyak diesel termasuklah sumber minyak diesel diperoleh dan edaran mana-mana pihak tidak bertanggungjawab,” tegasnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak kementerian melalui saluran WhatsApp 019-848 8000, Portal Aduan; e-aduan.kpdn.gov.my, Call Centre 1-800-886-80, dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan