Search
Close this search box.
Anggota bomba menjalankan pemadaman di bahagian siling rumah yang terbakar di Lorong kemuyang Timur petang tadi. Foto JBPM Zon 4

Lima sekeluarga hilang tempat berteduh

SIBU, 12 Feb: Lima sekeluarga yang mendiami sebuah rumah teres setingkat di Lorong Kemuyang Timur  di sini, hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran petang tadi, malah kejadian itu turut menjejaskan sebuah lagi rumah bersebelahan yang tidak berpenghuni.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1) Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 2.05 petang.

Katanya, kebakaran disedari jiran rumah sebelah kanan yang bertindak menghubungi pasukan bomba untuk membantu memadamkan api.

“Sepasukan 13 anggota bomba yang menaiki jentera FRT dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah telah diarah respon ke lokasi kejadian.

“Sebuah lagi pasukan bomba dari BBP Sibujaya dengan kekuatan tujuh orang anggota turut dikerahkan untuk membantu operasi pemadaman,” jelasnya.

Katanya, setiba di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan dua buah rumah teres satu tingkat yang terletak bersebelahan.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) terpaksa bertindak naik ke bumbung rumah dengan menggunakan tangga untuk menjalankan pemadaman di bahagian siling.

“Pihak kami juga terpaksa memecah masuk rumah sebelah kiri dan kanan pertama melalui pintu hadapan untuk memberi ruang kerja-kerja pemadaman kerana rumah berkunci dan tiada berpenghuni ketika kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya,setelah bertungkus lumus menjalankan operasi pemadaman, api berjaya dikawal pada jam 2.53 petang.

“Akibat kebakaran itu, rumah pertama mengalami kerosakan 90 peratus manakala rumah sebelah kiri terjejas 20 peratus,” jelasnya lanjut.

Difahamkan, rumah pertama yang terbakar baharu didiami sejak 2022 dan kesemua ahli keluarga rumah sedang menziarahi sanak saudara di Rantau Panjang, Teku dekat sini sejak pagi hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih disiasat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan