Search
Close this search box.
Temenggong Yong Vui Seng ketika ditemui pemberita di kediamannya di Miri. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Temenggong Yong kongsi pantang larang ketika sambutan Tahun Baharu Cina

ByFebbright James

MIRI, 12 Feb: Sambutan Tahun Baharu Cina sudah semestinya perayaan yang penuh makna bagi yang meraikannya kerana ia merupakan peluang untuk ahli keluarga dan sanak saudara berkumpul bersama.

Ketua Masyarakat Cina Bahagian Miri, Temenggong Yong Vui Seng berkesempatan untuk berkongsi tradisi dan pantang larang dalam kalangan masyarakat Cina sepanjang musim perayaan.

“Bermula dari hari pertama, mereka hanya akan mengamalkan ‘vegetarian’, kami tidak makan daging terutamanya pada waktu pagi. Selepas itu, pada hari lain baharu boleh makan apa sahaja. Ini juga baik untuk kesihatan.

“Selain itu, kebiasaannya mereka bekerja pada hari ketiga. Hari pertama dan hari kedua tidak bekerja. Ini tradisi kami.

“Selepas perayaan tahun baharu, kami tidak akan membersihkan sampah seperti serpihan mercun pada hari pertama. Tetapi hari kedua baharu kami akan bersihkan,” katanya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkesempatan berkunjung ke rumah Temenggong Yong bagi meraikan perayaan tersebut hari ini.

“Saya begitu gembira sekali kerana Premier Sarawak berkunjung ke rumah kami. Saya rasa Sarawak di bawah kepimpinannya telah mencapai pelbagai kejayaan,” katanya.

Temenggong Yong Vui Seng menyifatkan kunjungan Premier sesuatu yang istimewa dan menunjukkan nilai keterangkuman dan inklusif yang kuat Premier Sarawak kerana turut bersama-sama komuniti Cina meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan