Search
Close this search box.
Bahagian dapur sebuah unit pangsapuri didiami seorang wanita warga emas di Midland Court di sini terbakar hari ini. Foto JBPM

Rumah terbakar, wanita warga emas melecur

GEORGE TOWN, 12 Feb: Seorang wanita warga emas berusia 79 tahun yang tinggal bersendirian melecur selepas rumahnya terbakar semasa menyediakan sarapan di pangsapuri Midland Court di sini, hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal, Mohd Hairi Fazzil berkata, pihakya menerima panggilan kecemasan pada 8.40 pagi sebelum pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, bomba mendapati kebakaran itu membabitkan ruangan dapur berkeluasan kira-kira 9.3 meter persegi dengan anggaran kebakaran 10 peratus.

“Terdapat seorang mangsa wanita yang melecur pada lengan. Kejadian berlaku semasa mangsa membakar roti menggunakan alat pembakar roti dan kebakaran disyaki bermula dari situ,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah beliau, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan, manakala operasi ditamatkan pada 10.20 pagi.

Katanya, punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian yang dialami sedang dalam siasatan pihak forensik bomba. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan