Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menyampaikan cenderamata kepada pelancong China yang tiba dari Shenyang, China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto Tourism Malaysia

Penerbangan sewa khas dari China meningkat sempena Tahun Baharu Cina

ByAmirah Shawel

KUCHING, 12 Feb: Malaysia mencatatkan peningkatan penerbangan sewa khas dari negara China bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina dan cuti perayaan musim bunga bermula Januari tahun ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, enam penerbangan sewa khas setakat ini termasuk laluan Nanjing-Tawau oleh Firefly, penerbangan Batik Air bagi laluan Chengdu-Langkawi dan Zhengzhou-Kuala Lumpur.

Selain itu, penerbangan Batik Air bagi laluan Chengdu-Kota Kinabalu, laluan Chongqing-Langkawi dan laluan Xian-Kuala Lumpur.

“Penerbangan sewa terbaharu dari Shenyang, China yang tiba di Kuala Lumpur pada Ahad adalah antara lonjakan laluan baharu dan penerbangan sewa khas dari China bagi cuti perayaan Tahun Baharu Cina dan musim bunga bermula dari Januari 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Ahad, pesawat yang membawa 287 penumpang dari Shenyang, China selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan disambut oleh Datuk Seri Tiong King Sing serta wakil Malaysia Airlines dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Tiong berkata, antara faktor utama kehadiran pelancong negara tembok besar ke Malaysia meningkat adalah berikutan pengumuman visa percuma buat pelancong China yang berkuatkuasa 1 Disember lalu.

Pada 2023, Malaysia menerima kedatangan lebih 1.47 juta ketibaan dari China iaitu pertumbuhan sebanyak 593.4 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2022 dengan 212,603 ketibaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan