Search
Close this search box.
Pemegang rekod maraton dunia, Kelvin Kiptum maut dalam kemalangan kereta di barat Kenya. Foto AFP

Pemegang rekod maraton dunia, Kelvin Kiptum maut dalam kemalangan

NAIROBI, 12 Feb: Pemegang rekod maraton dunia, Kelvin Kiptum dan jurulatihnya Gervais Hakizimana maut dalam kemalangan kereta di barat Kenya manakala penumpang ketiga cedera.

“Kemalangan berlaku sekitar jam 11 malam (4 pagi waktu Malaysia). Kereta itu dinaiki tiga penumpang, dua meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi dibawa ke hospital.

“Kedua-dua mangsa yang maut ialah Kiptum dan jurulatihnya,” kata Peter Mulinge, komander polis bagi Elgeyo Marawett County di barat Kenya.

Mulinge berkata, kereta itu sedang menuju ke Eldoret, sebuah bandar di barat Kenya, ketika kemalangan itu berlaku.

“Kenderaan itu hilang kawalan dan berguling, membunuh kedua-dua mangsa di tempat kejadian,” katanya.

Kiptum mencatat rekod dunia 2:00:35 dalam Marathon Chicago pada bulan Oktober, mengambil masa 34 saat dari rekod sebelumnya rakan Kenya Eliud Kipchoge. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan