Search
Close this search box.
Seorang pemuda terkorban selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor kerbau di Jalan Kuala Teriang berdekatan Kampung Lawer di sini semalam. Foto PDRM

Pemuda maut motosikal ditunggang langgar kerbau

LANGKAWI, 12 Feb: Seorang pemuda terkorban selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor kerbau yang melintas jalan di Jalan Kuala Teriang berdekatan Kampung Lawer di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, mangsa, Muhammad Dinie Izzat Mohd Shukor, 19, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner (ACP) Shariman Ashari berkata, kejadian berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss 100 gagal mengelak haiwan tersebut.

“Hasil siasatan, kemalangan berpunca daripada kerbau melintas jalan dan penunggang tidak sempat untuk membrek.

“Kejadian berlaku di jalan lurus dalam keadaan cuaca baik, namun keadaan jalan gelap dan berlampu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, mayat mangsa yang beralamat di Kampung Kuah di sini kemudiannya dihantar ke unit forensik Hospital Sultanah Maliha untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan