Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas 89 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran rumah kedai di Kampung Baru Ayer Tawar, Manjung dekat sini malam tadi. Foto JBPM

Warga emas lumpuh ditemukan rentung dalam kebakaran rumah kedai

IPOH, 12 Feb: Seorang lelaki warga emas yang lumpuh akibat penyakit angin ahmar, rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai di Kampung Baru Ayer Tawar, Manjung dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11.40 malam itu, mangsa berusia 89 tahun ditemukan maut selepas kira-kira empat jam operasi pemadaman dilakukan pasukan bomba.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner (ACP) Mohamed Nordin Abdullah berkata, kebakaran itu membabitkan sebuah lot kedai yang dijadikan tempat menyimpan dan menjual barangan runcit yang terbakar 100 peratus.

“Premis itu didiami empat individu sekeluarga termasuklah mangsa yang rentung dan telah disahkan oleh anak lelakinya.

“Mangsa dikatakan uzur dan lumpuh selain mempunyai penyakit strok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian yang dialami masih dalam siasatan pihak forensik bomba.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat mangsa ditemukan berdekatan pintu bilik di tingkat atas pada 3.35 pagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan