Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Makan Malam SUPP pada Isnin. Foto TVS.

Angin dijangka jadi sumber tenaga baharu Sarawak – Abang Johari

ByFebbright James

MIRI, 13 Feb: Kajian terhadap penghasilkan tenaga daripada angin tanpa menggunakan sumber kipas kincir sedang dijalankan sebagai alternatif mewujudkan tenaga elektrik.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan penghasilan sumber tenaga berkenaan dilaksanakan menerusi teknologi baharu di sini.

“Sekarang ini saya sudah membuat kajian daripada angin (menghasilkan tenaga). Ini bukan menggunakan kipas seperti kebiasaannya. Ianya ada empat komposit ringan dan apabila ditiup angin ianya akan pusing. Ianya dikawal oleh kecerdasan buatan dan boleh menghasilkan tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam SUPP pada Isnin.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menerangkan lebih lanjut mengenai teknologi tersebut buat masa ini.

Namun beliau menekankan bahawa Kerajaan Sarawak komited untuk membangunkan tenaga dari pelbagai sumber seperti solar, hidrogen, karbon dan angin untuk mendepani cabaran iklim di samping untuk menggerak pembangunan ekonomi negeri.

Abang Johari memberitahu bahawa kerajaan juga serius mahu anak Sarawak mempunyai pengetahuan dalam bidang yang diterokai oleh kerajaan.

“Minggu depan, semua Duta Kesatuan Eropah akan datang ke Sarawak untuk belajar mengenai karbon. Ini adalah ekonomi baharu kita. Kita mahu mendidik anak Sarawak mengenai teknologi baharu untuk menghasilkan produk baru.

“Kita tidak mahu anak Sarawak hanya melihat, tetapi mesti ada ilmu. Oleh itu, pada tahun 2026 kita beri pendidikan kerana kita tahu anak-anak di pedalaman tidak mampu melanjutkan pengajian kerana yuran yang mahal,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan