Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin di Majlis Makan Malam SUPP pada Isnin. Foto TVS

Bas percuma ‘angpau’ untuk warga Miri – Premier Sarawak

ByFebbright James

MIRI, 13 Feb: Perkhidmatan bas percuma merupakan ‘angpau’  daripada Kerajaan Sarawak untuk warga Miri sempena Tahun Baru Cina ini.

Khabar baik itu diumumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Makan Malam SUPP, di sini, semalam.

Menurut beliau kerajaan komited menambah baik pengangkutan awam di Miri selari dengan misi untuk menjadikannya sebagai bandar pintar.

“Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin iaitu menukar bas lama kepada bas pintar baru, dahulu ada caj RM1.00 tetapi kini kita bagi percuma tidak ada caj. Ini akan meningkatkan komitmen penduduk di Miri untuk menggunakan bas.

“Ini bermakna kerajaan Gabungan Parti Sarawak yang akan membiayai kos tersebut. Tidak salah untuk kita beri balik manfaat kepada rakyat. Ini adalah demi mobiliti percuma termasuk kepada pelancong. Itulah ‘ang pao’ saya tahun ini iaitu bas percuma,” kata beliau.

Mengulas mengenai pembangunan lain di Miri, Abang Johari memaklumkan Miri akan memiliki Pusat Konvensyen seperti di Kuching yang dijangka mula pembinaanya pada tahun depan.

“Kita telah menentukan tapak untuk pembinaan pusat konvensyen yang akan sama besar dengan di Kuching. Orang akan ramai datang ke Miri untuk mengadakan mesyuarat dan persidangan,” tambahnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan