Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina SUPP di Miri. Foto TVS

Penerbangan tambahan diwujud setiap musim perayaan – Lee

ByFebbright James

MIRI, 13 Feb: Inisiatif penerbangan tambahan akan dicadang untuk diwujudkan pada Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak selain pada sambutan tahun Baru Cina, kata Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin.

Lee berkata sehubungan itu pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi beberapa syarikat penerbangan untuk melancarkan penerbangan tambahan.

“Sejak tahun lepas sehingga awal Februari ini saya telah berjumpa dengan pengurusan tertinggi Malaysian Aviation Group, AirAsia, Firefly, Royal Brunei Airlines, Batik Air, MASWings untuk melancarkan penerbangan tambahan dari dan ke Semenanjung Malaysia, Sabah, Bandar Seri Begawan dan dalam Sarawak.

“Semua mereka setuju untuk menambah penerbangan atau menggunakan penerbangan mereka yang lebih lebar untuk meningkatkan kapasiti tempat duduk. Saya beterima kasih atas kerjasama mereka.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina SUPP di Miri.

Mengulas mengenai pembangunan sektor pengangkutan di Miri, Kim Shin berterima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana telah meluluskan Projek Terminal Lori Miri yang kini di peringkat reka bentuk dan dijadualkan akan ditender pada suku kedua tahun ini.

“Ini akan menyelesaikan masalah tempat letak lori di Miri terutamanya lori yang transit sebelum ke Brunei, Limbang, Lawas dan Sabah.

“Manakala untuk bas jarak jauh, Projek Bas Sentral Miri telah siap dilaksanakan,” ujarnya.

Tambahnya, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lepas, Abang Johari telah meluluskan RM5 juta untuk program bas pintar di Miri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan