Search
Close this search box.
Eight people in Morocco have died and dozens of others were hospitalized after drinking homemade liquor, the health ministry said on Wednesday. Photo Envato

Suami isteri maut rempuh kenderaan rosak di lorong kecemasan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang rosak di lorong kecemasan di Kilometer 415.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Lembah Beringin ke Bukit Tagar, Hulu Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, dalam kejadian jam 11.05 pagi itu, mangsa berusia 36 dan 38 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pasangan yang menunggang motosikal Yamaha NMAX itu dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas bercuti di kampung mereka  di Kamunting, Perak.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan Mitsubishi Triton yang dipandu seorang wanita berusia 36 tahun kerana tidak menyedari kenderaan itu berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

“Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa terpelanting di sebelah kanan jalan dan terkena pada Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun yang sedang melalui jalan tereebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, berkata proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan