Search
Close this search box.
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan bagi mengesan tiga remaja lelaki yang hilang di dalam Sungai Sempit, Tanjung Batu di Manjung hari ini. Foto JBPM Perak

Tiga remaja dikhuatiri lemas ketika memancing di sungai

IPOH, 12 Feb: Tiga remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Sempit, Tanjung Batu di Manjung dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner (ACP) Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.37 petang daripada orang awam.

Katanya, siasatan polis mendapati kejadian berkenaan berlaku ketika tiga sekawan berusia 14 hingga 16 tahun itu pergi memancing.

“Salah seorang dikatakan mandi di dalam sungai dan telah lemas.

“Dua lagi rakannya cuba menyelamatkan mangsa sebelum mereka turut hanyut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pihaknya bersama Pasukan Gerakan Marin (PGM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta nelayan.

Setakat jam 10 malam ini, mangsa belum ditemukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan