Search
Close this search box.
Bekas Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam didenda RM100 atau penjara tiga hari jika gagal membayarnya oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah menghantar mesej kurang sopan kepada seorang individu awal bulan lepas.Foto, Bernama.

Bekas Ahli Parlimen Kapar didenda RM100, hantar mesej kurang sopan

ByBernama

SHAH ALAM, 13 Feb: Bekas Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam didenda RM100 atau penjara tiga hari jika gagal membayarnya oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghantar mesej kurang sopan kepada seorang individu awal bulan lepas.

Manikavasagam, 59, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Mengikut pertuduhan, Manikavasagam didakwa menghantar mesej kurang sopan tersebut dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu pukul 3.27 petang pada 4 Jan lepas di sebuah rumah di Subang Jaya, Petaling di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, yang membawa hukuman denda maksimum RM100.

Terdahulu ketika rayuan, Manikavasagam memaklumkan dia kini merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen serta sedia membayar denda tersebut.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan