Search
Close this search box.
Keadaan sebuah pesawat kecil yang terhempas di sebuah kebun kelapa sawit di Kapar awal petang tadi. Foto, media sosial.

Pesawat ringan terhempas di ladang kelapa sawit di Kapar

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian pesawat kecil terhempas di Kapar, Selangor hari ini.

Kenyataan penuh dijangka akan dikeluarkan sebentar lagi.

Difahamkan pesawat ringan berkenaan terhempas di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Tok Muda, kira – kira pukul 1 petang tadi.

Nasib juruterbang serta jumlah penumpang masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Sementara itu Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada pukul 1.56 petang tadi.

Menurut PGO,  operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati benar kejadian pesawat terhempas dan ketika ini pasukan operasi sedang melakukan pencarian mangsa,” jelas PGO menerusi kenyataan media. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan