Search
Close this search box.
LAKU telah menghantar bekalan air ke kawasan terjejas sementara pihaknya kini dalam proses memulihkan bekalan. Foto LAKU

LAKU pulihkan bekalan air di Daerah Limbang dalam tempoh 24 jam

BySalasiah Safian

KUCHING, 13 Feb: LAKU Management kini dalam proses melakukan kerja-kerja bagi memulihkan bekalan air di Daerah Limbang dalam tempoh 24 jam.

Dalam satu kenyataan hari ini, pihak berkuasa bekalan air itu memaklumkan bahawa pihaknya secara terus-menerus bekerja untuk melepaskan air lock dari paip-paip saluran utama air.

“Setelah proses ini selesai, bekalan air akan kembali normal secara beransur-ansur di semua kawasan yang terjejas,” katanya.

Jelasnya, bekalan air terawat mungkin kelihatan keruh atau kotor selepas pulih.

Untuk mengatasi ini, pihaknya akan menjalankan aktiviti flushing secara menyeluruh untuk memastikan kebersihan dan keselamatan bekalan air.

Lori tangki air juga telah dihantar ke kampung-kampung yang terjejas.

“Pusat pengambilan air sementara telah disiapkan sejak semalam di kawasan rumah kedai Tedungan untuk penduduk yang memerlukan bekalan air dengan segera. Sila bawa bekas air anda untuk pengambilan air pada bila-bila masa,” ujarnya.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Tedungan, Kampung (Kpg) Mengatai, Kpg Ulak, Kpg Belading, Kpg Anak Bukit, Kpg Kuala Awang, Kpg Binjai, Kpg Ipai, Kpg Merasam Bumbun, Kpg Meritam, Kpg Lubok Sigantang/Aur, Kpg Telahak dan Kpg Lubok Piasau.

Untuk maklumat terkini boleh rujuk saluran hotline 24 jam di 085-215633/215644/211601, laman web: www.lakumanagement.com.my dan emel: cs_lbg@lakumanagement.com.my. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan