Search
Close this search box.
Pengurus Besar Pusat Kecemerlangan Teknikal (CENTEXS) Commercial, Shahren Yusri bercakap semasa Pelancaran Raya Series Produk Juma'ani Pavillion di Juma'ani Pavillion di Kuching pada Ahad. Foto: TVS

10 jawatan kosong ditawarkan CENTEXS Commercial untuk individu mahir hasilkan kraf, songket

KUCHING, 25 Feb: Sepuluh jawatan kosong ditawarkan kepada individu yang berkemahiran dalam pembuatan songket untuk bekerja di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Commercial.

Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Shahren Yusri berkata, selain songket, pihaknya juga ‘mencari’ individu yang mahir menghasilkan beg dan kraf tangan warisan.

Lebih 30,000 produk warisan Sarawak keluaran Juma’ani Pavilion terjual

Katanya, individu terpilih juga akan menerima gaji bulanan serta komisen.

“Peluang pekerjaan ini diwujudkan sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan dan meneruskan legasi produk-produk warisan Sarawak.

“Oleh itu, sesiapa yang memiliki kemahiran diperlukan, boleh memohon,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada  Pelancaran Raya Series Produk Juma’ani Pavillion di Juma’ani Pavillion di sini hari ini.

Koleksi itu dilancarkan oleh isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan