Search
Close this search box.
Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang hadir pada pelancaran Raya Series Produk Juma'ani Pavillion di sini hari ini.Foto, TVS.

Lebih 30,000 produk warisan Sarawak keluaran Juma’ani Pavilion terjual

KUCHING, 25 Feb: Juma’ani Pavilion berjaya menjual lebih 30,000 produk warisan Sarawak sejak beroperasi empat tahun lepas.

Pengurus Besar Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) Commercial, Shahren Yusri berkata, jumlah tersebut merupakan pencapaian yang membanggakan bagi mereka yang masih baharu dalam industri fesyen dan produk kraf tangan tempatan.

Kata beliau, setakat ini tempahan produk banyak diterima daripada agensi kerajaan, syarikat korporat serta Pejabat Premier Sarawak.

“Menerusi sokongan berterusan ini, ia telah meningkatkan pendapatan usahawan.

“Dahulu mereka hanya memperoleh sekitar RM200 sebulan, kini meningkat kepada RM3,000 hingga RM7, 000,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir Pelancaran Raya Series Produk Juma’ani Pavillion di sini hari ini.

Koleksi itu dilancarkan oleh isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Berhubung sokongan yang diberikan oleh Pejabat Premier Sarawak, Shahren berkata, produk keluaran Juma’ani Pavilion ditempah sebagai cenderahati korporat.

Sementara itu, Shahren berkata, peranan Juma’ani Pavilion sebagai pusat sehenti fesyen terkemuka di Sarawak akan terus diperkukuhkan.

“Juma’ani Pavilion juga menjadi pusat latihan bagi pereka fesyen muda tempatan yang berbakat seterusnya menjadi usahawan berjaya dalam bidang fesyen dan tekstil,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan