Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Seri Setia Dr Abdul Manaf Metussin pada perjumpaan di Wisma Sumber Alam, Kuching, hari ini. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Nilai dagangan Sarawak-Brunei meningkat, perkukuh kerjasama perdagangan dua pihak

KUCHING, 28 Feb: Nilai dagangan Sarawak dan Brunei meningkat 23.8 peratus atau RM3.76 bilion pada 2023 berbanding RM3.04 bilion pada 2022.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata nilai eksport Sarawak ke Brunei pula adalah RM3.59 bilion yang sebahagian besarnya minyak, barangan plastik dan peralatan mesin.

Nilai dagangan Sarawak-Brunei meningkat | TVS

Menerusi kenyataan, beliau turut berharap agar lebih banyak usaha sama dapat dijalinkan di pelbagai peringkat antara Sarawak dan Brunei.

Awang Tengah hari ini mengadakan perjumpaan dengan Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan Brunei,  Dato Seri Setia Dr Abdul Manaf Metussin di pejabatnya di Wisma Sumber Alam, di sini.

Dalam kunjungan lebih satu jam itu, antara perkara yang dibincangkan adalah kolaborasi dalam bidang seperti pertanian, pelancongan, dan perusahaan kecil dan sederhana.

Beliau turut memaklumkan perancangan pembukaan pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOB) di Brunei yang dijangka  mula beroperasi pada tahun ini.

Hadir sama, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan