Search
Close this search box.
Pele Peter Tinggom

Pele Peter Tinggom angkat sumpah Ahli Dewan Negara pada 5 Mac

BySaibi Gi

KUCHING, 3 Mac: Berpengalaman selama 22 tahun dalam perkhidmatan awam, Pele Peter Tinggom mengesahkan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara.

Pele yang bersara awal dari jawatan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sarawak berkuat kuasa 5 Mac ini akan mengangkat sumpah sebagai Senator pada Selasa depan, di Parlimen.

“Saya akan berangkat ke Kuala Lumpur untuk upacara mengangkat sumpah pada Selasa, 11 pagi,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Anak kelahiran Saratok itu, berkata beliau akan mengulas lebih lanjut tentang pelantikan itu pada Selasa ini, ketika diminta mengesahkan hantaran di media sosial mengenainya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan