Search
Close this search box.

Keperluan tambah kerusi Parlimen di Sarawak berbeza dengan Semenanjung Malaysia

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Keperluan untuk menambah bilangan kerusi Parlimen di Sarawak dan Sabah berbeza dengan Semenanjung Malaysia, kata Senator Pele Peter Tinggom.

Ahli Dewan Negara itu menjelaskan, di Semenanjung Malaysia, jumlah kerusi ditentukan berdasarkan faktor populasi dan kaedah sama tidak boleh digunakan di Sabah dan Sarawak.

Dalam soal ini kata beliau di kedua – kedua wilayah berkenaan, keputusan untuk menambah jumlah kerusi parlimen seharusnya berdasarkan saiz kawasan.

Dewan Negara: Sekarang masanya lakukan persempadanan semula tambah kerusi parlimen Sabah, Sarawak

“Parlimen Baram sebagai contoh seluas Pahang namun negeri itu memiliki 14 kerusi parlimen,” katanya kepada TVS di Bangunan Parlimen baru – baru ini.

Ketika membentangkan Usul Junjung Titah Diraja di Dewan Negara minggu lalu, Pele Peter menegaskan sudah tiba masanya bagi Kerajaan Perpaduan yang disokong oleh Sarawak dan Sabah dengan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat segera melakukan persempadanan semula kerusi parlimen.

Kata beliau, ini bagi membetulkan ‘apa yang sepatutnya’ untuk kemakmuran yang seimbang seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sementara itu Pele Peter menjelaskan Perkara 161E(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan tidak boleh menyamakan cara (di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak) untuk membuat persempadanan semula.

Dalam pada itu kata beliau, sekiranya Parlimen Baram dipecahkan kepada dua atau tiga kerusi, ia akan merancakkan lagi pembangunan ekonomi di kawasan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS