Search
Close this search box.
Jabatan Peguam Sarawak mengadakan kujungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Dewan Mengadap Utama, Astana Negeri Sarawak. Foto TVS

MA63: Jabatan Peguam Sarawak komited kembalikan hak yang terhakis

KUCHING, 25 April: Jabatan Peguam Sarawak komited dalam usaha mengembalikan hak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selaras undang-undang negara.

Peguam Besar Sarawak, Datu Saferi Ali berkata, komitmen itu dizahirkan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang sebelum ini pernah menjadi antara pelopor kepada usaha berkenaan hingga membolehkan banyak tuntutan hak Sarawak dalam MA63 berjaya dikembalikan kepada negeri ini.

“Kita juga meneruskan soal berkaitan dengan kuasa dari sudut negeri dan persekutuan mana yang perlu dikembalikan itu yang masih kita tuntut.

“Jadi dalam erti kata lain perjuangan untuk mengembalikan hak negeri ini masih berjalan dan itu akan diperhalusi di DUN akan datang dan akan ada menteri yang akan jawab nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui oleh pemberita selepas melakukan kunjungan hormat kepada Tun Wan Junaidi dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Balai Mengadap Utama di Astana Negeri Sarawak, pada Khamis.

Saferi menambah, ketika ini masih terdapat beberapa tuntutan sedang dalam rundingan antara kerajaan negeri dan persekutuan termasuk membabitkan isu perundangan, pentadbiran dan sebagainya.

“Alhamdulillah, kerajaan persekutuan mendengar tuntutan tersebut dan perkara ini akan kita terus laksanakan dan ‘push’ supaya Kerajaan Persekutuan mengambil kira pandangan kerajaan negeri,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan