Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63, dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali di Wisma SABATI, di sini, hari ini. Foto, Odleen Catherny (TVS)

MA63: Perbincangan tuntutan berterusan – Sharifah Hasidah

ByOdleen Catherny

KUCHING, 11 April: Kerajaan Sarawak mahu mengekalkan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kelancaran tuntutan perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63, dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, perbincangan mengenai perkara itu akan sentiasa berterusan.

“MA63 merupakan asas (kepada perjuangan) Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Sarawak First. Tuntutan ini kita akan teruskan, sama ada cepat atau lambat, itu perkara kedua.

“Perkara utama adalah kita tetap ada hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan dan perbincangan, insya-Allah akan diteruskan,”katanya.

Sharifah Hasidah berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran beliau di Dewan SABATI, Wisma SABATI, di sini, hari ini.

Turut hadir, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Dalam pada itu, Sharifah Hasidah memberi jaminan bahawa Kerajaan Sarawak tidak akan menidakkan perjuangan MA63.

Majlis rumah terbuka berkenaan berlangsung meriah apabila dihadiri lebih 1,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan