Search
Close this search box.
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Foto fail TVS

Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63

ByAdlina Rahman

KUCHING, 23 April: Penggunaan ‘wilayah’ bagi merujuk Sarawak menggantikan ‘negeri’ adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai ‘wilayah’ dan bukannya negeri.

Demikian kenyataan yang diutarakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mengenai perkara itu baru-baru ini.

“Dewan Undangan pun kita kata Dewan Undangan Sarawak. Kita Kerajaan Sarawak, kita tidak menggunakan perkataan negeri lagi kerana dari sudut pengiktirafan MA63 memang Sarawak wilayah,” katanya kepada pemberita selepas Program Jom Baca Bersama 10 Minit dan Majlis Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan di sini, hari ini.

Ditanya mengenai perbaharuan undang-undang bagi penggunaan terma ‘wilayah’, beliau berkata kerajaan akan meneliti terdahulu keperluannya.

“Sudah tentu kami akan melihat perkara itu, dari sudut undang-undang tetapi pada asasnya kita adalah sebuah wilayah.

“Apa-apa yang perlu dikemas kini, kami akan mengemas kini undang-undang dan peraturan, ” jelasnya.

Sebelum ini Dr Sim menerusi hantaran di Facebooknya menyatakan rakyat Malaysia khususnya rakyat Sarawak digesa menyokong kepada perubahan yang dibuat oleh Kerajaan Sarawak yang tidak lagi menggunakan terma ‘negeri’ bagi merujuk Sarawak.

Menurutnya, adalah mencerminkan status Sarawak sebagai sebuah ‘wilayah’ di Malaysia selepas Kerajaan Sarawak menggubal undang-undang pada Februari 2022 dengan menukar gelaran ‘Ketua Menteri Sarawak’ kepada ‘Premier Sarawak’. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan