Search
Close this search box.
Dewan Negara dimaklumkan Sarawak memiliki undang - undang berkaitan alam sekitar sejak 1958. Foto hiasan, Envato.

Putrajaya perlu Rujuk Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak 1958 – Pele Peter

ByPriscilla

KUALA LUMPUR, 4 April: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam perlu merujuk undang – undang di Sarawak sebelum melaksanakan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling 2023.

Ahli Dewan Negara, Senator Pele Peter Tinggom berkata, ini bagi mengelakkan wujud percanggahan undang – undang membabitkan tafsiran pembakaran terbuka.

Kata beliau, Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak – Bab 84, Undang-Undang Sarawak 1958 telah mengecualikan pembakaran secara terbuka bagi tanah adat bumiputera melibatkan kawasan berkeluasan kurang 40 hektar yang bukan untuk tujuan komersial.

“Saya ingin menarik perhatian dewan kepada Fasal 2 bertujuan untuk pinda Seksyen 2 Akta 127 untuk mengadakan peruntukan takrifan pembakaran terbuka.

“Saya pohon penjelasan adakah takrif pembakaran terbuka juga libatkan padi bukit dan padi huma yang perlu (lakukan) pembakaran terbuka untuk kegiatan itu.

“Di Sarawak, mungkin (juga di) Sabah, masih ramai penduduk di pedalaman yang amalkan penanaman padi bukit dan padi huma dengan (kaedah) pembakaran terbuka. (Oleh itu) saya mohon kementerian merujuk pembakaran terbuka di bawah Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak – Bab 84 yang wujud sejak 1958,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan pindaan RUU berkenaan di Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, Pele Peter berkata, Sarawak telah diberikan autonomi alam sekitar sejak tiga tahun lepas yang selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya cadangkan semasa membuat peraturan atau Arahan Pelaksanaan atau Arahan Pentadbiran selepas ini, saya minta pihak kementerian mengambil tindakan ke atas isu-isu yang saya bangkitkan kerana perkara ini melibatkan rakyat Sarawak, Perlembagaan Persekutuan dan MA63 ,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan