Search
Close this search box.
COVID-19 : Sarawak catat hanya sembilan kes baharu kategori tiga hingga lima hari ini
Hospital Umum Sarawak bukan sahaja muncul sebagai empat hospital terbaik milik kerajaan, tetapi ia juga satu-satunya hospital di Borneo yang berada dalam kelompok 28.

Hospital Umum Sarawak dalam senarai hospital terbaik negara

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 22 April: Hospital Umum Sarawak (HUS) disenaraikan sebagai antara 28 hospital terbaik di Malaysia seperti disenaraikan dalam artikel World’s Best Hospitals 2024 oleh Newsweek.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata HUS memperoleh skor 71.05 peratus berbanding Hospital Gleaneagles Kuala Lumpur yang berada di kedudukan teratas dengan skor 89.50 peratus.

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bangga dengan pencapaian Hospital Umum Sarawak. Foto: TVS

“HUS bukan sahaja muncul sebagai empat hospital terbaik milik kerajaan, tetapi ia juga satu-satunya hospital di Borneo yang berada dalam kelompok 28,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Daripada 28 hospital yang disenaraikan, hanya empat hospital kerajaan.

Tiga hospital milik Kementerian Kesihatan iaitu Hospital Kuala Lumpur (kedudukan keempat), Hospital Umum Sarawak (kedudukan ke-22) dan Hospital Putrajaya (kedudukan ke-26).

Satu lagi hospital dimiliki Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menzahirkan rasa bangganya susulan pencapaian yang disifatkannya sebagai amat memberangsangkan.

“Terima kasih (kepada semua kakitangan HUS). Tahniah dan bagus,” katanya.

Menurutnya, ini merupakan satu lagi sebab mengapa orang ramai bukan sahaja perlu meneruskan tetapi meningkatkan dan melangkah ke hadapan untuk menyokong HUS.

“Supaya mereka boleh terus cemerlang di luar jangkaan walaupun terhad kerana kekangan kewangan Kementerian Kesihatan.

“Kerajaan Persekutuan perlu meningkatkan perbelanjaan kepada lima peratus daripada KDNK seperti yang dinyatakan dalam Kertas Putih,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau mengulang bahawa di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Kerajaan Sarawak akan sentiasa mengembalikan hak autonomi kesihatan seperti yang termakstub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ini termasuk dengan mempercepatkan projek membaik pulih klinik kesihatan daif dan meningkatkan bilangan hospital.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan