Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan supaya menjadikan Sarawak dan Sabah sebagai pusat perdagangan baharu negara. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Parlimen: Jadikan Sabah, Sarawak pusat perdagangan baharu Malaysia

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan supaya menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai pusat perdagangan baharu negara.

Jelasnya, ini kerana peluang terbuka luas untuk kedua-dua wilayah Malaysia di Borneo itu meraih manfaat susulan pembangunan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan.

“Potensi kedudukan Sabah dan Sarawak sangat besar.

“Kalau Indonesia sudah mengalihkan pusat pentadbiran dan pembangunan ekonomi mereka keluar dariPulau Jawa, maka adalah signifikan bagi Malaysia untuk turut mengalihkan pusat perdagangan ke Sabah dan Sarawak sebagai kawasan pertumbuhan baharu,” katanya menerusi Usul Junjung Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, Malaysia perlu memanfaatkan pembangunan Nusantara kerana banyak kegiatan ekonomi sampingan yang boleh diperoleh apabila Nusantara siap sepenuhnya.

Sementara itu, Matbali berkata, di bawah kepimpinan baharu Kerajaan Perpaduan, wakil rakyat dari kedua- dua wilayah itu mengharap lebih banyak peruntukan untuk Sabah dan Sarawak dengan mengambil struktur topografi, geografi, geopolitik dan jalur sosiobudaya.

“Saya yakin Sabah dan Sarawak di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan terus terpinggir dan perkara itu dapat dilihat berdasarkan usaha kerajaan merapatkan jurang pembangunan di antara wilayah,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan