Search
Close this search box.
Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah menyerahkan memento kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon di pejabatnya pada Isnin.

Contohi Singapura, petani muda digalak usahakan pertanian menegak – Uggah

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 5 Mac: Golongan petani di negeri ini dicadangkan agar meneroka inovasi pertanian menegak terutamanya mereka yang berada di kawasan bandar.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah berkata golongan itu boleh mencontohi inisiatif baharu itu dari Singapura yang mempraktikkan penggunaan teknologi dalam mengawal persekitaran pertanian.

Justeru itu, beliau mahu golongan petani khususnya dalam kalangan anak muda mempelajari sistem pertaniah moden tersebut daripada Republik berkenaan.

“Ini mampu menarik minat dalam golongan belia, terutamanya kepada petani muda dalam menggunakan inovasi sebegini di kawasan bandar.

“Kerajaan Sarawak mahu menggalakkan lebih ramai golongan muda untuk mengambil bidang pertanian moden sebagai profesion dalam usaha meningkatkan pengeluaran makanan dan produk makanan,” beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon di pejabatnya pada Isnin.

Uggah dalam pada itu mendedahkan Sarawak kini sedang memberi tumpuan kepada pengeluaran beras tempatan.

“Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah menyasar mencapai tahap sara diri padi (SSL) sebanyak 60 peratus menjelang tahun 2030 bagi menjamin keselamatan makanan.

“Sebagai fokus utama kerajaan negeri, untuk menggunakan penyelesaian teknologi seperti menggunakan dron untuk melakukan penyemburan baja, ataupun benih hibrid serta teknologi penuaian mekanikal,” ujarnya.

Sementara itu, Uggah berkata seiring dengan jumlah penuaian dalam kalangan pesawah, perkara ini juga akan menambah pendapatan dalam kalanngan golongan petani.

Walaupun Sarawak diisytiharkan sebagai negeri berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia, masih terdapat penduduk yang berpendapatan rendah atau kecil.

Menurut Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas mengikut Negeri dan Daerah Pentadbiran, pada 2019, sebanyak 43.6 peratus daripada keseluruhan 625,400 isi rumah di Sarawak masih berpendapatan di bawah RM4,000 dengan 10.7 peratus berpendapatan kurang daripada RM2,000. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan