Search
Close this search box.
Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal (dua, kiri) bergambar bersama tiga Ahli Dewan Negara yang baharu mengangkat sumpah jawatan di Bangunan Parlimen hari ini. Foto, Bernama.

Pele Peter Tinggom angkat sumpah Ahli Dewan Negara

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Senator Pele Peter Tinggom berkata, beliau akan mengunakan pengalaman luasnya dalam pentadbiran di Sarawak untuk berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara.

Bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak itu berkata, beliau berterima kasih kepada Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing yang mencalonnya ke jawatan berkenaan.

“Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta seluruh kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana memberi sokongan.

“Setelah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara, saya akan menumpahkan taat setia kepada Malaysia dengan melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Pele Peter bercakap dalam sidang media selepas mengangkat sumpah di Dewan Negara hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Terdahulu, Pele Peter, 55, dan Senator Anna Bell @Suzieana Perian yang dicalonkan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) serta Senator Datuk Bobbey Ah Fang Suan mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal kira – kira pukul 11 pagi tadi.

Pele Peter yang bersara awal daripada jawatannya di DUN Sarawak baru – baru ini berpengalaman selama 22 tahun dalam pentadbiran di Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, Pele Peter berkata, beliau juga akan menjalankan tanggungjawab dengan menyuburkan demokrasi seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“(Ini termasuklah) dengan (terlibat dalam proses) semak dan imbang melalui hujah ke atas polisi dan dasar yang dibentangkan,” katanya.

Pele Peter yang juga bekas peguam pernah bertugas di Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan