Search
Close this search box.
Dr Johnical Rayong Ngipa ketika ditemui TVS selepas pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga DUN Sarawak Ke-19 di sini pada Isnin. Foto TVS

DUN Sarawak: Buka lembaran baharu, tabur bakti untuk rakyat – Dr Johnical

ByShafik Ahmad

KUCHING, 6 Mei: Penyertaan dalam blok kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membawa pembangunan untuk rakyat di kawasan Dewan Undangan  Negeri (DUN) Engkelili.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkelili, Dr Johnical Rayong Ngipa berkata, ia merupakan lembaran baharu dalam perjalanan politiknya.

Mengakui suasana persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kali ini seperti biasa, beliau turut gembira apabila dapat kembali dalam pentadbiran kerajaan.

“Saya gembira dapat kembali bersama kerajaan, kepimpinan Premier Sarawak kita, yang sekarang saya telah pun menjadi salah seorang daripada ADUN GPS, kerusi pun seperti yang diumumkan oleh Tan Sri Speaker sudah ditukar.

“Dengan peluang ini saya akan dengan sedaya upaya untuk berkhidmat di kawasan saya khasnya di luar bandar, khasnya menolong kerajaan kita bersama kepimpian Premier yang begitu cemerlang sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga DUN Sarawak Ke-19 di sini pada Isnin.

Sebelum ini, tiga bekas ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) selepas PSB dibubarkan.

Antaranya Dr Johnical Rayong, bekas presiden PSB yang juga ADUN Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh dan Baru Bian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS