Search
Close this search box.
Beregu nombor lima dunia itu diberi kemenangan selesa selepas gandingan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel menarik diri ketika perlawanan terikat 12-12 di set pertama akibat kecederaan pada aksi di Arena Porte de la Chapelle di Paris. Foto fail AFP.

Aaron-Wooi Yik terima kemenangan mudah ke pusingan kedua Terbuka Perancis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menerima kemenangan mudah untuk melangkah ke pusingan kedua Terbuka Perancis 2024 pada Selasa.

Beregu nombor lima dunia itu diberi kemenangan selesa selepas gandingan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel menarik diri ketika perlawanan terikat 12-12 di set pertama akibat kecederaan pada aksi di Arena Porte de la Chapelle di Paris.

Menanti Aaron-Wooi Yik adalah pasangan Taiwan, Lee Fang-chih-Lee Fang-Jen yang mara selepas menundukkan satu lagi beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani, 21-19, 21-17.

Dalam pada itu, beregu lelaki negara Tee Kai Wun-Man Wei Chong menjadi wakil pertama negara mara ke pusingan 16 selepas mudah menewaskan beregu Kanada Kevin Lee-Ty Alexander Lindeman, 21-16, 21-8 dalam pertarungan 25 minit.

Kai Wun-Wei Chong akan bertemu pilihan pertama kejohanan dari India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang melangkah ke pusingan seterusnya selepas menewaskan beregu profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, 21-13, 24-22.

Perseorangan wanita negara Goh Jin Wei pula terkandas seawal pusingan pertama selepas tewas kepada pemain nombor sembilan dunia dari China, Wang Zhiyi, 21-10, 21-14. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan