Search
Close this search box.
Pengulas Sukan Negara, Zainal Abidin Rawop berkata lebih ramai pemain acara perseorangan badminton perlu dilahirkan untuk mengimbangi kekuatan kem badminton negara. Foto Zaim Zharfan (TVS)

‘Esprit de corps’ kem badminton negara semakin terhakis, tidak beraksi baik – Zainal

ByAmirah Shawel

KUCHING, 1 Mei: Semangat berpasukan skuad badminton negara disifatkan semakin terhakis dan luntur dalam kalangan para pemain badminton negara ekoran sering tidak mampu beraksi dengan baik untuk mengekalkan kejuaraan pada kejohanan berpasukan seperti yang terbaharu dalam kejohanan Badminton berpasukan Asia 2024.

Pengulas Sukan Negara, Zainal Abidin Rawop berkata selain itu kelemahan utama yang perlu disedari ialah kebergantungan yang tinggi terhadap pasukan beregu sehingga menyebabkan ketidakseimbangan pada kekuatan kem badminton negara.

Menurutnya, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu melahirkan lebih ramai pemain dalam acara perseorangan agar tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap seorang dua pemain sahaja terutamanya bagi acara berpasukan.

“Kita memiliki sekurang-kurangnya empat pasangan beregu yang mampu untuk mencabar di peringkat antarabangsa, sedangkan dalam acara ‘single‘ kita hanya mengharapkan seorang dua sahaja.

“Lihat apabila kecederaan dialami oleh Ng Tze Yong yang tidak dapat bermain. Kita seolah-olah hilang arah untuk mendapatkan pengganti memandangkan jurang antara pemain terlalu jauh,” katanya ketika ditemui TVS baru-baru ini.

Zainal memetik contoh kepada beberapa negara kuasa besar badminton dunia seperti China, India dan Indonesia giat melahirkan bakat-bakat muda yang mampu bersaing di peringkat dunia sebaliknya Malaysia terpaksa bergantung kepada hanya seorang atau dua pemain.

Sehubungan itu, beliau menegaskan lagi para pemain negara agar meletakkan komitmen yang tinggi sekiranya mereka berhasrat untuk bermain dengan lencana di dada.

“Kita sebaiknya jangan terlalu mencari di mana kelemahan kita, sebaiknya kita terus memikirkan bagaimana untuk kita memperbaiki kelemahan kita,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan